Pendidikan360 ialah laman rujukan praktikal untuk guru, guru pelatih dan pensyarah di Malaysia. Fokusnya ialah perkara yang anda perlukan di bilik darjah: Pembelajaran Bermakna (KPPB), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), pembelajaran digital, teknologi pendidikan dan penggunaan AI dalam pengajaran.
Siapa di sebalik laman ini
Saya Mohd Alpian Ali, pensyarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Bidang saya ialah Pendidikan Islam dan AI dalam pendidikan, dan saya telah mengajar serta mendidik bakal guru selama kira-kira 20 tahun.
Setiap hari saya bekerja dengan guru pelatih yang sedang belajar merancang PdP, membina instrumen pentaksiran dan menggunakan teknologi di kelas. Soalan yang mereka tanyakan, dan kekeliruan yang selalu berulang, menjadi asas kepada kebanyakan artikel di sini.
Bagaimana artikel di sini ditulis
- Bersandarkan dokumen rasmi. Definisi dan istilah dirujuk kepada sumber KPM, IPGM dan dokumen kurikulum, dan sumber disebut dalam artikel.
- Praktikal dahulu. Setiap artikel cuba menjawab satu soalan sebenar guru, dengan contoh yang boleh terus digunakan.
- Dikemas kini. Dasar pendidikan berubah. Apabila ada perubahan rasmi, artikel berkaitan disemak semula.
Jika anda menemui fakta yang kurang tepat, sila maklumkan. Pembetulan akan dibuat secepat mungkin.
Mahu bacaan yang lebih mendalam?
Pendidikan360 menumpukan soal bagaimana: cara melaksanakan sesuatu di bilik darjah. Untuk soal mengapa, iaitu teori pembelajaran, psikologi, sosiologi dan falsafah pendidikan, saya menulis esei yang lebih ilmiah di laman peribadi saya.
Baca wacana pendidikan di mohdalpianali.com/pendidikan →
Di sana anda akan menemui tulisan seperti analisis Falsafah Pendidikan Kebangsaan, serta siri tentang minda dan pembelajaran, pendidikan dan masyarakat, dan pedagogi serta ilmu.
Kedai Pendidikan360
Laman ini juga mempunyai kedai produk digital di kedai.pendidikan360.my, seperti permainan pembelajaran dan bahan PdP. Saya hanya menyenaraikan produk yang saya rasa berguna untuk guru dan ibu bapa. Pendapatan daripada kedai membantu menampung kos menulis dan menyelenggara laman ini, supaya artikelnya kekal percuma.
Hubungi
- Facebook: Pendidikan360my
- E-mel: alpianali@pendidikan360.my
- Threads: @mohd.alpian.ali
- Laman peribadi: mohdalpianali.com